Saya memahami makna warisan.
Justeru, antara sebab utama mengapa saya sukakan ghostwriter adalah kerana satu perkataan ini, “warisan”
Saya faham keinginan orang-orang yang inginkan cerita-cerita kehidupan dikumpul lalu khazanah itu sampai kepada orang-orang selepasnya. Sama ada ketika mereka masih ada atau sudah tiada. Kerana saya pernah berada dekat dan mendengar suara hati mereka
Ada yang memandang cerita sekadar cerita. Tapi kita perlu akui yang kenangan tidak dapat dibuat semula
Pengalaman hanya mampu dicipta oleh orang-orang yang berani mengorbankan tidur, ketakutan dan zon selesa
Cerita-cerita beginilah yang akan membangkitkan semangat untuk generasi seterusnya
Jadi sebagai ghostwriter, saya juga bertukar watak menjadi seorang wartawan. Bertanya dan terus bertanya, sehingga sampai kepada soalan-soalan yang tersembunyi dalam hati atau lebih jelas lagi, hingga menitiskan air mata
Bukukan kisah bukan untuk dilihat hebat namun supaya kenangan, kejayaan, memori kejatuhan dapat dihayati oleh generasi-generasi selepasnya
Kita tertanya-tanya mengapa orang boleh berjaya di masa depan? Kerana antara kita juga, belajar dari sejarah
Mungkin kisah kita menginspirasi seorang anak kecil yang sedang memahami makna cita-cita atau mungkin satu kisah kita memberi erti kepada seseorang yang hampir di hujung usaha. Siapa tahu?
Fatin, Exclusive Ghostwriter.